Semalam baru aku start keja ari nie terpaksa cuti (EL).bukan aku yang sakit tapi anak aku Iskandar semput kena attack asma… kat rumah en.suami dah bagi inhaler selang 4 jam tapi tak jalan gak. so kita org pun bawalah dia ke hospital untuk ambik nebulizer pukul 4 pagi tadi. Lagipun budak nie tak tido dari petang asyik tengok cartoon jer ataupun maybe dia x selesa kot. Pergi hospitat Putrajaya jer lagi dekat dengan rumah aku. cakap jer semput ataupun asma terus masuk ambik nebulizer. Tak payah tunggu no giliran ataupun nama dipanggil ya. Time tu adalah seorang makcik dan seorang abang tengah ambik nebulizer. Budak nie kira dah biasa sangat ambik gas dari umur setahun lebih sampai sekarang. biasanya dalam 4 hingga 5  bulan sekali mesti kena attack asma. So tak heranlah dan dia pun tak menangis2 macam mula2 dulu dan tak perlulah aku tolong pengangkan. hihihi..
DSC00749
Kesian anak ummi demam + Asma
Sedikit tentang macam mane Iskandar boleh kena Asma:
Mulanya macam nie time tu Iskandar eman bulan lebih dia selalu selsema dan batu berkahak. Disebabkan kahak yang banyak saluran nafasnya jadi sempit dan dalam masa yang sama paru2 pun kena jangitan kuman. Selalulah keluar masuk wad. Mula doktor kate Bronkitis. Ape tu Bronkitis??? Bronkitis ialah sejenis keradangan atau kerengsaan pada saluran pernafasan (tiub bronkiul) di dalam paru-paru. Biasanya kanak-kanak sering mendapat bronkitis nie. Sebabnya mereka belum pandai buang kahak dengan sendiri. 
Disebabkan selalu sangat kena bronkitis dan selalu juga keluar masuk wad doktor pun kate nie bukan lagi bronkitis tapi Asma. Ape tu Asma??? ialah susah untuk bernafas atau sesak nafas dan batuk disebabkan penyempitan saluran nafas. Harap Iskandar tak kena attack Asma lagi. Orang kate kalau kecil2 dah kena Asma bila dah besar tak kena. Wallahualam bi shawab.

With Love
LadyDew
Hari ini adalah hari pertama aku masuk kerja semula selepas 3 bulan cuti bersalin. sangat-sangat seronok bila jumpa balik member2 opis dan amat rindu kat baby sofia. ...hari nie aku bangun pukul 5 pagi untuk mengepam susu pastu baru uruskan diri nak gi keja... kalau tak sebelum nie aku bangun solat subuh pastu sambung tido balik hihihi... tapi sekarang tugas aku dah bertambah pagi kena hantar anak anak pergi rumah baby sister so kenalah aku siapkan diri aku dulu seawal pagi.. lepas tu  baru aku uruskan anak2 dan akhirnya menyusukan baby soffi... sofia masih belum pandai minum susu dalam botol. so sad.. aku hantar diaorg dalam 7.30pagi. baby sofia ok no problem tapi abangnya yang problem. menangis nangis tanak pergi. aku pujuk macam mane pun tak jalan juga.. so lastnya aku tinggalkan juga sebab aku tau dia mengada-ngada bila umminya ade. lepas aku tinggalkan kejap jer nangis pastu dah ok. kan aku cakap dia mengada ckit.
Hari ini aku sampai opis pun awal juga. jarak rumah ke opis bukannya jauhpun dalam 5 minit boleh sampai kalau semua lampu trafik hijau. ekeke.. Ingat hari pertama tak banyak keja tapi makin menimbun pula. musim haji ramai pula nak keluar negara. takpe berkhidmat untuk negara. bekerja dengan ikhlas baru berkat. agak slow juga aku buat keja coz dah tiga bulan cuti otakpun dah karat ckit. password computerpun aku dah lupe. sekali aku buka email fuhh punyalah banyak email sampai 750++ . aku pasti colleagues aku mesti dah stelle semua kes dan x perlulah aku baca dan semak lagi. dengan itu akupun delete semua inbox aku tanpa baca. harap tade isu akan berbangit.. walaupun banyak keja aku mencuri masa untuk kumpul EBM. Alhamdulilah, walaupun dah start keja tapi aku masih lagi breastfeed sofia secara  eksklusif. Insyallah kalau diizinkan aku nak sofia minum susu ibu sehingga 2 tahun.
Hari nie hari pertama aku kerja bermakna hari pertama aku tinggalkan anak2 dengan baby sister. So akupun  tinggalkan semua  keja yang menimbun tepat pukul 5 dan pecut balik umah ambik anak2. ;)


With Love
Lady Dew

Banyaknya Bag... rasa baru semalam aku start cuti bersalin. tup tup dah 3 bulan aku cuti duduk rumah dan jadi surirumah sepenuh masa. ahaaks.. bag-bag itu pula preparation untuk esk coz esk aku dah start keja dan haruslah aku kena siapkan lebih awal untuk mudahkan keja aku keesokkan harinya. ;) tiga bag dari atas tu aku punya (hand bag, bag breast pump dan bag telekung). Yang color blue picture thomas tu ofcourse lah abang Is punya (cartoon favorite). Dan color oren tu baby sofia punya. Esok diaorg dah start pergi umah baby sister di blok yang sama jer. Nasib baik jugalah aku dapat baby sister satu blog dengan aku, dan anak-anak aku pun tak kena hujan dan panas. hihihi.. Yang bestnya aku tak perlu bawa semua bag tu sekali gus okey.. selamat emak nya.;) dan bolehlah sangat aku hantar anak2 aku dengan bag masing2  dulu pastu baru aku angkut bag2 aku pula pergi keja. kan senang dan mudahkan aku.

With Love
Lady Dew
Seperti di janjikan entry sebelum ini kenapa aku create Lady Dew… ape kena mengena dengan aku… ape itu Lady??? Aku pasti semua dah tau ape maksud Lady dan maksud Dew kan. Tapi aku bagitau jugalah secara ringkas ya. Lady merupakan seorang wanita yang boleh bergelar sebagai puan. Dew pula membawa maksud embun.  Aku gelar diri aku sebagai Lady coz aku sudah berkahwin dan mempunyai dua cahaya mata yang sangat comel di mata aku. Dan aku gelar diri aku dew kerana dalam bahasa arab dew membawa maksud nada. Siapa nada kalau bukan aku. Ya nama yang diberi untuk diri ku ialah Nurnada. Dan dengan itu terciptalah Lady Dew. ;) harap kawan2  akan beri support pada masa2 akan datang.
With Love
Lady Dew
Assalamualaikum dan salam sejatera..



Hehehe lawak pula rase…jangan gelak k…sekarang aku dah ada blog sendiri. kenapa aku buat blog??? mulanya aku suka baca blog kawan2, tentang perkembangan isu semasa, gossip artis, … dan akhirnya aku rasa aku perlu ada blog. Dan dengan itu terciptalah lady dew… kenapa aku create lady dew??? Apa maksud lady dew??? Ape kena mengena dengan aku dan lady Dew??? Nanti aku cite lebih detail entry akan datang. My dear friend wish me luck and give ur support…



With Love
Lady Dew
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...