Hari ini adalah hari pertama aku masuk kerja semula selepas 3 bulan cuti bersalin. sangat-sangat seronok bila jumpa balik member2 opis dan amat rindu kat baby sofia. ...hari nie aku bangun pukul 5 pagi untuk mengepam susu pastu baru uruskan diri nak gi keja... kalau tak sebelum nie aku bangun solat subuh pastu sambung tido balik hihihi... tapi sekarang tugas aku dah bertambah pagi kena hantar anak anak pergi rumah baby sister so kenalah aku siapkan diri aku dulu seawal pagi.. lepas tu  baru aku uruskan anak2 dan akhirnya menyusukan baby soffi... sofia masih belum pandai minum susu dalam botol. so sad.. aku hantar diaorg dalam 7.30pagi. baby sofia ok no problem tapi abangnya yang problem. menangis nangis tanak pergi. aku pujuk macam mane pun tak jalan juga.. so lastnya aku tinggalkan juga sebab aku tau dia mengada-ngada bila umminya ade. lepas aku tinggalkan kejap jer nangis pastu dah ok. kan aku cakap dia mengada ckit.
Hari ini aku sampai opis pun awal juga. jarak rumah ke opis bukannya jauhpun dalam 5 minit boleh sampai kalau semua lampu trafik hijau. ekeke.. Ingat hari pertama tak banyak keja tapi makin menimbun pula. musim haji ramai pula nak keluar negara. takpe berkhidmat untuk negara. bekerja dengan ikhlas baru berkat. agak slow juga aku buat keja coz dah tiga bulan cuti otakpun dah karat ckit. password computerpun aku dah lupe. sekali aku buka email fuhh punyalah banyak email sampai 750++ . aku pasti colleagues aku mesti dah stelle semua kes dan x perlulah aku baca dan semak lagi. dengan itu akupun delete semua inbox aku tanpa baca. harap tade isu akan berbangit.. walaupun banyak keja aku mencuri masa untuk kumpul EBM. Alhamdulilah, walaupun dah start keja tapi aku masih lagi breastfeed sofia secara  eksklusif. Insyallah kalau diizinkan aku nak sofia minum susu ibu sehingga 2 tahun.
Hari nie hari pertama aku kerja bermakna hari pertama aku tinggalkan anak2 dengan baby sister. So akupun  tinggalkan semua  keja yang menimbun tepat pukul 5 dan pecut balik umah ambik anak2. ;)


With Love
Lady Dew

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...