maal hijrah 1433

 

Dikesempatan ini Ladydew dan keluarga mengucapkan "Selamat Menyambut Maal Hijrah 1433" yang akan disambut pada 27/11/2011 (Ahad) bersamaan 1 MUHARRAM 1433H kepada semua beragama Islam. Sama-samalah kita menghayati makna hijrah Rasullullah s.a.w dan para sahabat-sahabatnya yang berhijrah dari Kota Mekkah ke Madinah. Semoga dengan penghayatan itu membawa kita kepada penghijrahan minda dan emosi, sikap dan identiti yang bermakna hendaknya.  

'Dan sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah (Untuk membela dan menegakkan Islam), nescaya ia akan dapati di muka bumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur; dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan RasulNya, kemudian ia mati (dalam perjalanan), maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.'

Surah An-Nisaa'; Ayat 100.

 

With Love Lady Dew

DSC00927

Muahsss anak ummi...

 

Dah empat bulan tapi baby Sofia masih belum pandai minum susu dalam botol lagi. Meniarap pun dah pandai tapi minum susu dalam botol masih tak pandai2. Nasib dapat pengasuh yang penyabar dan banyak bantu aku. Dekat rumah pengasuh dia minum susu pun gigit2 putting botol sampai keluar susu dan telan. Kalau ikutkan hati nak jer aku cuti tanpa gaji tapi banyak sangat komitmen dan lupakan jer niat itu ya ;(…  Dan akupun kuatkan semangat hantar Sofia kat rumah pengasuh. Sebelum naik keja ari tu aku dah try hantar Sofia kat rumah pengasuh dalam seminggu alhamdulliah baby sister aku pun ok dan kate boleh jaga. Syukur..

Kisahnya macam nie..

Sebenarnya Sofia dah belajar minum susu dalam botol awal kelahirannya lagi. Masa itu dia kena jaundis dan cara tercepat untuk turunkan jaundis aku bagi susu perah dalam botol. time dia tido pun aku bagi supaya cepat turun jaundis dia. Kira sofia dah pandailah minum susu dalam botolkan. tapi macam mane sekarang dia x nak minum dalam botol… huhuhu.. semuanya salah aku gak.

Kate orang kalau direct feeding lagi cepat kurus dan slim. Tapi aku tak kurus atau slim.. cuma back to normal size. ok balik semula cite sofia…. So aku pun stopkan bagi susu dalam botol dan  direct feeding selama seminggu saje. akibatnya selepas seminggu aku try bagi  susu dalam botol, Sofia  dah tak nak botol.. Meraung-raungler kalau disuakan botol ke mulutnya… Aduh pening kepala otak emak di buatnya.. Aku dah tukar macam2 putting dan botol, hmmm semua tak nak gak. Yalah mana ada putting ataupun botol boleh gantikan breast seorang ibu. Janganlah percaya sangat dengan iklan. gimik jer lebih.. hahaha.. Sofia memang bijak coz dia tahu membezakan antara yang original dengan yang tiruan. Nie tanda pertama Sofia boleh bezakan sesuatu perkara. Betul tak??

Mula2 aku bimbang, risau dan macam2 coz dia minum 3 oz jer dekat rumah pengasuh. Lama2 makin naik dan naik dan naik dan naik hihihi dan alhamdulillah skrg dekat 20oz dia minum walaupun main gigit. Tapi balik rumah jer aku terus susukan Sofia, Fuhhh Sofia menyusu tak ingat dunia.. lepaskan geramlah tu…ahaks…

Aku pernah tanya uncle google tentang baby tak pandai minum susu dalam botol, dari situ aku dapat tau ade setengah baby sanggup berlapar dan akan menyusu bila bersama dengan ibunya. memang betul dalam kes Sofia. Ketahanan lapar sofia memang tinggi sebab dia boleh tido  5 hingga 6 jam waktu malam dan jarang sekali bangun untuk menyusu. Dan Sofia akan menyusu berlebihan apabila  bersama dengan aku. Inilah dipanggil reverse cycling. kalau nak tau lebih detail tentang reverse cycling tanya uncle google jer. 

 

p/s : Bagi ibu2 macam aku nie janganlah risau sangat selagi baby itu aktif, ceria, sihat, berat naik dan yang penting tak banyak ragam. Insyallah okey. Percayalah setiap baby dilahirkan dengan naluri survival untuk meneruskan kehidupan mereka dalam dunia yang fana ini.. Winking smile

    

With Love Lady Dew

 

DSC00991

Emmmm sedapnya…. Aku rasa semua orang suka makan coklat kan terutamanya budak-budak. Aku memang suka giloss dengan coklat. coklat, kek coklat, roti coklat, air coklat, biskut coklat, ais cream coklat n mcm2 jenis makanan yang bercoklat semua aku suka. ahaks..Actually  kek nie aku buat time birthday Iskandar. Sangat senang n simple dan bahan-bahannya tak payah timbang2 k.. dan resepi nie aku ambik dari majalah Pa&Ma keluaran bulan November 2011. Sebelum itu layan gambar2 nie dulu Winking smile

   

 

DSC00963DSC00964DSC00966DSC00968DSC00971DSC00973DSC00975DSC00979

 

Bahan-Bahannya

Bahan A

* 1 cawan susu cair

* 1 cawan serbuk koko

* 1 cawan susu pekat

* 1 cawan gula

* 1 sudu kecil serbuk penaik

* 1 sudu esen vanila

* 1 cawan minyak masak

 

Bahan B

* 1 cawan tepung gandum

* 4 biji telur

*Untuk Topping dan Hiasan*
1/2 bar coklat masakan di campur dengan sedikit susu cair,guna kaedah double boiler, kemudian curah pada kek yang telah sejuk dan taburkan coklat rice diatasnya.

Cara membuatnya

1. Mula-mula masak kesemua bahan A sebati dan ketepukan.

2. Kemudian kisar bahan B dan campurkan bahan A dan B. Kacau sehinggan sebati.

3. Selepas itu, tuang adunan ke dalam loyang.

4. Kukus adunan selama 45 minit atau sehingga masak.

5. Biarkan kek sejuk sebelum dipotong dan di hidangkan.

Info : Coklat dan serbuk koko mengandungi phenol iaitu sejenis bahan kimia yang membantu mengurangkan resiko sakit jantung. Phenol bertindak menghalang lemak di dalam aliran darah daripada teroksida dan menyumbatkan arteri.

  

With Love
Lady Dew

DSC00996

Semalam 12.11.2008 adalah hari lahir Nor Iskandar Syafiq (abang Is) yang ke 3 tahun. Aku takde buat party ke ape. buat simple2 jer sambut anak beranak jer. Plan nak bawa Iskandar naik keretapi jer itupun kena tunggu masa yang sesuai. Maybe aku akan bawa dia hujung bulan nie atau awal bulan depan. Insyallah… Iskandar memang suka betul keretapi semuanya pengaruh dari cartoon favorite dia Thomas And His Friends.

jom layan gambar Iskandar dari kecil smpi sekarang… Smile

 

baby1baby2

hari pertama Iskandar lahir ke dunia nie..

 

is 2kek 1

birthday yang ke setahun time nie buat party simple2 jer

 

sya2besday is 2

Besday yang ke 2 tahun tak buat party tp beli kek and ambk gmbr kat studio   

 

DSC00739DSC00998

Besday yang ke 3 tahun buat kek sendiri dengan penuh kasih dan sayang..hihihi Winking smile

 

    

Allahamdulillah….

3 tahun dah berlalu Iskandar pun membesar dengan sihat. Aku bersyukur sangat…

 

~~~Buat Abang Iskandar~~~

Ummi  Ucapkan Selamat Hari Lahir yang ke 3 tahun sayang…

Ummi doakan agar Allah kurniakan kesihatan yang berpanjangan

Jadi seorang muslim yang baik hati dan budi akhlak

Jadi seorang pemimpin kepada diri sendiri dan keluarga kelak

Taat pada ummi dan papa dan juga agama

Sentiasa menghormati ummi dan papa dan juga oragng yang lebih tua

Sentiasa menjadi seorang abang yang penyayang dan baik buat adik sofia.

Semoga menjadi anak yang soleh dan bahagia di dunia dan akhirat. .

Semoga Iskandar sentiasa beroleh bahagia

Amin..Ummi dan Papa sayang sangat kat Abang Is.. Love u So Much….

       

With Love
Lady Dew

Ini adalah first entry aku cite  pasal makanan. Aku nie bukannya reti masak benda-benda macam nie. minat tu ade tapi kata orang bakatnya tade. so terima jerlah. Mulanya macam macam nie member opis aku bawa pie kentang ke opis suruh rase. fuhh bg aku memang sedaplah. aku tanyalah resipi. so simple jer bahan-bahanya. Jom tengok gambar sambil cara-cara masak dulu.
DSC00884
kentang dilenyek dengan sedikit susu segar, butter dan tepung gandum
DSC00890
Nie adalah bahan2 untuk inti pie
DSC00894Inti pie dah siap tumis
DSC00897

kentang lenyek ratakan dibawah dan letak inti ayam diatas.

DSC00902

tutup bhgn atas dgn kentang lenyek dan tabur chesdale

 
Hanya perluklan bahan-bahan seperti beriku tapi aku main tambah sendiri pun ada…
Bahan-bahannya :
1 kg Kentang Putih
3 sudu Tepung
susu segar
1/4 Butter
mozerellah Cheese
Mixed Ayam Brand Ramli
tomato Puri
1/2 batang Carrot
1 BijiTomato
1 Labu Bawang Besar di potong Dadu
3 Ulas Bawang Putih
sedikit Halia
garam
sedikit minyak (untuk menumis)
Cara-caranya:
  1. Lenyek kentang yg telah direbus tadi bersama butter dan tpg gandum dan sedikit susu segar.Gaul hingga sebati dan ketepikan.

  2. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan halia,    bwg besar dan putih hingga kekuningan.Masukkan lada sulah dan daging cincang.Gaul rata.

  3. Tuangkan kicap, garam dan sedikit gula.Kacau lagi sehingga daging masak.Kemudian masukkan sayur campur.Setelah masak padamkan api.

  4. Ambil mangkuk tahan panas atau loyang, masukkan sedikit kentang lenyek dan ratakan.

  5. Kemudian masukkan bhn yg telah dimasak tadi keatas kentang lenyek.

  6. Dan tutupkan bahagian atasnya dgn lebihan kentang lenyek tadi dan tabur ngan chesdale yg diparut.Bolehlah dibakar pada suhu 200 degree selama setengah jam.

 
Dan inilah hasilnya :
DSC00905
Nota : jangan letak susu segar banyak sangat nanti pie kentang dalamnya jadi cair macam nie. jom tengok hahaha..

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V

DSC00911DSC00909
Insyallah next time aku buat sampai jadi… Winking smile
With Love
Lady Dew
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...