DSC00991

Emmmm sedapnya…. Aku rasa semua orang suka makan coklat kan terutamanya budak-budak. Aku memang suka giloss dengan coklat. coklat, kek coklat, roti coklat, air coklat, biskut coklat, ais cream coklat n mcm2 jenis makanan yang bercoklat semua aku suka. ahaks..Actually  kek nie aku buat time birthday Iskandar. Sangat senang n simple dan bahan-bahannya tak payah timbang2 k.. dan resepi nie aku ambik dari majalah Pa&Ma keluaran bulan November 2011. Sebelum itu layan gambar2 nie dulu Winking smile

   

 

DSC00963DSC00964DSC00966DSC00968DSC00971DSC00973DSC00975DSC00979

 

Bahan-Bahannya

Bahan A

* 1 cawan susu cair

* 1 cawan serbuk koko

* 1 cawan susu pekat

* 1 cawan gula

* 1 sudu kecil serbuk penaik

* 1 sudu esen vanila

* 1 cawan minyak masak

 

Bahan B

* 1 cawan tepung gandum

* 4 biji telur

*Untuk Topping dan Hiasan*
1/2 bar coklat masakan di campur dengan sedikit susu cair,guna kaedah double boiler, kemudian curah pada kek yang telah sejuk dan taburkan coklat rice diatasnya.

Cara membuatnya

1. Mula-mula masak kesemua bahan A sebati dan ketepukan.

2. Kemudian kisar bahan B dan campurkan bahan A dan B. Kacau sehinggan sebati.

3. Selepas itu, tuang adunan ke dalam loyang.

4. Kukus adunan selama 45 minit atau sehingga masak.

5. Biarkan kek sejuk sebelum dipotong dan di hidangkan.

Info : Coklat dan serbuk koko mengandungi phenol iaitu sejenis bahan kimia yang membantu mengurangkan resiko sakit jantung. Phenol bertindak menghalang lemak di dalam aliran darah daripada teroksida dan menyumbatkan arteri.

  

With Love
Lady Dew

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...