DSC00927

Muahsss anak ummi...

 

Dah empat bulan tapi baby Sofia masih belum pandai minum susu dalam botol lagi. Meniarap pun dah pandai tapi minum susu dalam botol masih tak pandai2. Nasib dapat pengasuh yang penyabar dan banyak bantu aku. Dekat rumah pengasuh dia minum susu pun gigit2 putting botol sampai keluar susu dan telan. Kalau ikutkan hati nak jer aku cuti tanpa gaji tapi banyak sangat komitmen dan lupakan jer niat itu ya ;(…  Dan akupun kuatkan semangat hantar Sofia kat rumah pengasuh. Sebelum naik keja ari tu aku dah try hantar Sofia kat rumah pengasuh dalam seminggu alhamdulliah baby sister aku pun ok dan kate boleh jaga. Syukur..

Kisahnya macam nie..

Sebenarnya Sofia dah belajar minum susu dalam botol awal kelahirannya lagi. Masa itu dia kena jaundis dan cara tercepat untuk turunkan jaundis aku bagi susu perah dalam botol. time dia tido pun aku bagi supaya cepat turun jaundis dia. Kira sofia dah pandailah minum susu dalam botolkan. tapi macam mane sekarang dia x nak minum dalam botol… huhuhu.. semuanya salah aku gak.

Kate orang kalau direct feeding lagi cepat kurus dan slim. Tapi aku tak kurus atau slim.. cuma back to normal size. ok balik semula cite sofia…. So aku pun stopkan bagi susu dalam botol dan  direct feeding selama seminggu saje. akibatnya selepas seminggu aku try bagi  susu dalam botol, Sofia  dah tak nak botol.. Meraung-raungler kalau disuakan botol ke mulutnya… Aduh pening kepala otak emak di buatnya.. Aku dah tukar macam2 putting dan botol, hmmm semua tak nak gak. Yalah mana ada putting ataupun botol boleh gantikan breast seorang ibu. Janganlah percaya sangat dengan iklan. gimik jer lebih.. hahaha.. Sofia memang bijak coz dia tahu membezakan antara yang original dengan yang tiruan. Nie tanda pertama Sofia boleh bezakan sesuatu perkara. Betul tak??

Mula2 aku bimbang, risau dan macam2 coz dia minum 3 oz jer dekat rumah pengasuh. Lama2 makin naik dan naik dan naik dan naik hihihi dan alhamdulillah skrg dekat 20oz dia minum walaupun main gigit. Tapi balik rumah jer aku terus susukan Sofia, Fuhhh Sofia menyusu tak ingat dunia.. lepaskan geramlah tu…ahaks…

Aku pernah tanya uncle google tentang baby tak pandai minum susu dalam botol, dari situ aku dapat tau ade setengah baby sanggup berlapar dan akan menyusu bila bersama dengan ibunya. memang betul dalam kes Sofia. Ketahanan lapar sofia memang tinggi sebab dia boleh tido  5 hingga 6 jam waktu malam dan jarang sekali bangun untuk menyusu. Dan Sofia akan menyusu berlebihan apabila  bersama dengan aku. Inilah dipanggil reverse cycling. kalau nak tau lebih detail tentang reverse cycling tanya uncle google jer. 

 

p/s : Bagi ibu2 macam aku nie janganlah risau sangat selagi baby itu aktif, ceria, sihat, berat naik dan yang penting tak banyak ragam. Insyallah okey. Percayalah setiap baby dilahirkan dengan naluri survival untuk meneruskan kehidupan mereka dalam dunia yang fana ini.. Winking smile

    

With Love Lady Dew

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...