“Ibu-ibu hendaklah menyusukan bayi-bayi mereka selama dua tahun genap,  bagi siapa yang mahu menyempurnakan tempoh penyusuan tersebut.” Surah Al-Baqarah: 233.

Dalam Al-Quran pun dah disebut dan sudah semestinya terdapat 1001 makna yang tersirat. Bagi aku susu ibu adalah paling2 the best in the world dan tiada satu susu pun yang sama dengan khasiat susu ibu dan manusia takkan dapat meniru khasiat susu ibu walaupun berlambak susu berjenama mahal dipasaran. Kalau nak tau WHO dan Kementerian kesihatan Malaysia sangat menggalakan penyusuan susu ibu secara exclucive selama 6 bulan pertama dan teruskan sehingga bayi 2 tahun.

Seperti korang tau aku bukan surirumah tapi  sehingga hari nie aku berjaya menyusukan sofia secara exclusive. Macam mane?? tentulah dengan memerah susu waktu kerja. Ade macam2 cara untuk perah susu, guna tangan(teknik marmet), manual pump dan electrik pump. Terpulang kepada individu itu sendiri nak pilih mane ikut keselesaan masing2. pilihan aku sudah semestinya electric double pumping sebabnya ia mengurangkan masa mengepam dan hasilnya lebih baik dari memerah secara manual yang agak memenatkan. Dengan itu harap2 lah aku dapat menyusukan sofia at least 2 tahun. doakan ya  Winking smile 

DSC00845

Aku sanggup menjadi pengepam tegar bagi merealisasikan hasrat untuk menyusukan sofia selama yang mungkin .InsyaAllah..

-Happy Breastfeeding-

 

With love Lady Dew

Ini cite 2 minggu lepas.. sebelum basi baik aku cite jer. Kalau korang nak tau rambut anak bujang aku dah panjang dan serabut tengok kalau tak sikat dan haruslah kena bawa dia ke barber.  Tanpa berfikir panjang aku pun bawalah dia dan baby Sofia ke barber tanpa en.suami coz dia outstation. Lagipun the barber blok sebelah jer pun. Mula2 Iskandar ok jer dah duduk dan the barberpun dah start gunting2.. tak sampai 5 minit dah meraung2 nak turun bukan dia jer baby sofia pun menangis. Actually budak2 terperanjat bukan budak jer aku pun terperanjat gak tiba2 dengar bunyi drill yang agak kuat datang dari kedai sebelah yang tengah renovation.  pujuk punya pujuk tak jalan gak. So aku pun cakap dekat the barber pukul 5 aku datang balik. finally aku pun balik dengan rambut tak hbs potong. hahaha

DSC01083
Iskandar dengan rambut yang agak panjang
DSC01085DSC01086
tengok elok jer duk gunting rambut..
DSC01090
tiba2 adik pun menangis sampai keluar air mata. cian anak ummi

DSC01091DSC01092
Iskandar dengan rambut tak habis guntingWinking smile 

Dan pukul 5 aku tak dapat keluar disebabkan hujan dan aku pun minta2 hujan berhenti coz keesokkan harinya aku nak gi rumah akak  aku. takkan aku nak bawa iskandar dengan rambut yang tak habis gunting kot.hehehe... Nasib baik dekat pukul 6 hujan pun dah berhenti dan aku pun angkut anak2 aku gi barber. Sampai jer guess what happen… barber dah tutup. eh cepatnya tutup dengan ta puas hati aku pun tanya akak kedai dobi rupenya dia pergi solat depan blok aku jer.. aku pun tunggulah sampai dia datang. tapi anak aku still tak nak gunting gak. menangis2 ajak aku balik. lastly aku terpaksa dukung dia duduk atas kerusi sampai habis gunting rambut. macam2 anak seorg nie.. kadang seronok gak melayan perangai anak nie..

DSC01101DSC01102

handsomenya anak ummi dengan rambut pacak

-done-

With love Lady Dew

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...