“Ibu-ibu hendaklah menyusukan bayi-bayi mereka selama dua tahun genap,  bagi siapa yang mahu menyempurnakan tempoh penyusuan tersebut.” Surah Al-Baqarah: 233.

Dalam Al-Quran pun dah disebut dan sudah semestinya terdapat 1001 makna yang tersirat. Bagi aku susu ibu adalah paling2 the best in the world dan tiada satu susu pun yang sama dengan khasiat susu ibu dan manusia takkan dapat meniru khasiat susu ibu walaupun berlambak susu berjenama mahal dipasaran. Kalau nak tau WHO dan Kementerian kesihatan Malaysia sangat menggalakan penyusuan susu ibu secara exclucive selama 6 bulan pertama dan teruskan sehingga bayi 2 tahun.

Seperti korang tau aku bukan surirumah tapi  sehingga hari nie aku berjaya menyusukan sofia secara exclusive. Macam mane?? tentulah dengan memerah susu waktu kerja. Ade macam2 cara untuk perah susu, guna tangan(teknik marmet), manual pump dan electrik pump. Terpulang kepada individu itu sendiri nak pilih mane ikut keselesaan masing2. pilihan aku sudah semestinya electric double pumping sebabnya ia mengurangkan masa mengepam dan hasilnya lebih baik dari memerah secara manual yang agak memenatkan. Dengan itu harap2 lah aku dapat menyusukan sofia at least 2 tahun. doakan ya  Winking smile 

DSC00845

Aku sanggup menjadi pengepam tegar bagi merealisasikan hasrat untuk menyusukan sofia selama yang mungkin .InsyaAllah..

-Happy Breastfeeding-

 

With love Lady Dew

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...